Skip to main content

Persediaan rapi menjelang peperiksaan secara berhemat


1. Kegiatan Senaman 

Amalan senaman dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress dan meningkatkan tahap endorphin dalam badan yang bertanggungjawab dalam penghasilan perasaan gembira dan seronok. Aktiviti bersenam yang secukupnya bukan sahaja dapat membantu menghilangkan stres malah, ia juga dapat menyihatkan badan. Kegiatan senaman selama 30 minit dalam sehari amat dihargai. Tambahan pula lagi,aktiviti berenang, mendaki dan berbasikal mempunyai potensi untuk mengurangkan stres kerana mampu menenangkan hati di samping membantu dalam pengaliran sistem darah secara konsisten serta normal.

2. Tidur Yang Mencukupi

Sedasawarsa golongan remaja menghabiskan sebanyak 7 dan 7 ¼ jam untuk tidur. Padahal, Kajian menunjukkan bahawa remaja perlu sepatutnya tidur 9 ¼ jam untuk kecergasan dan kecergasan kinda yang sihat serta aktif.

3. Pemakanan yang Berkhasiat

Badan perlu berada dalam keadaan yang sihat, kuat dan mempunyai khasiat yang mencukupi.Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana terdapat reaksi dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stres.

  • Air boleh menghilangkan stres. Hal ini kerana badan yang kurang air membentuk/mengeluarkan cortisol, yang merupakan salah satu hormon stres.
  • Pengambilan minuman yang berkafein perlu di elakkan kerana bahan tersebut boleh meningkatkan tahap stres, terutamanya semasa belajar.  
  • Makan sarapan yang berkhasiat.Sarapan amat dominan dalam rutin pemakanan seharian kerana membekalkan tenaga,nutrien dan khasiat kepada badan sepanjang hari.
Pelajar digalakkan untuk makan makanan yang mempunyai kandungan tinggi karbohidrat seperti roti dan pasta, makanan yang tinggi vitamin A seperti buah limau, makanan yang tinggi magnesium seperti bayam, kacang soya atau ikan salmon, dan teh hijau, yang mana mempunyai kadar anti oksida yang banyak.

4. Belajar untuk Bertenang

Salah satu cara mengatasi masalah stres semasa belajar pada musim peperiksaan adalah dengan bertenang dan kemudiannya belajar.Sekiranya,setiap kali anda merasakan tekanan, cuba menyedup udara dan hembus, beberapa kali. Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.
i. Dengar muzik yang menyenangkan. Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah muzik boleh memberikan ketenangan kepada diri sendiri. Cuba anda dengar muzik instrumen ataupun muzik akustik berbanding dengan muzik yang sedang trending dalam radio.
ii. Mandian
Menurut kajian saintifik, mandian dapat menyegarkan tubuh dan menenangkan fikiran daripada menjadi berserabut dan celaru.
iii. Aktiviti meditasi,yoga dan pembacaan buku yang berkaitan dengan nilai-nilai agama serta moral yang tinggi mampu memberikan fikiran yang positif dan semangat kepada diri pelajar.
Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang disukai oleh diri, perkara yang berlandaskan hobi, sukan, ataupun apa-apa.
🔷Hilangkan Stres Dengan Aktiviti Mental

1. Elakkan Pemikiran Negatif

Pemikiran positif boleh memberikan kemaslahatan sekiranya berada dalam keadaan tertekan. Elakkan diri daripada memikirkan perkara yang negatif,dan cuba  sesuatu yang meningkatkan memikirkan positif.
Perkara yang amat dominan adalah anda perlu banyakkan bersyukur kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Anggaplah semua yang berlaku itu adalah sebahagian daripada ujian Tuhan.
i. Mulakan hari anda dengan fikiran yang positif. Cara ini boleh memberikan semangat kepada anda untuk memulakan pekerjaan seharian. Selain itu, gunakan perkataan-perkataan yang baik setiap hari, sebagai contoh “Saya akan cuba menyiapkannya dengan sebaik mungkin“, janganlah menyatakan “Nantilah saya akan cuba kalau ada masa“.
ii. Tambahan lagi, anda juga boleh mencuba tenangkan diri dengan membaca buku-buku motivasi ataupun buku biografi orang yang berjaya. Janganlah pula anda merasakan rendah diri kerana orang disekeliling anda berjaya. Jadikan mereka sebagai inspirasi.

2. Mengatur Hidup 

i. Tetapkan satu matlamat harian anda dengan teratur. Salah satu caranya adalah dengan mencatat tugasan kedalam planner ataupun to-do list anda, sama ada dalam buku nota ataupun telefon bimbit, tidak kisah. Dengan mengatur masa dengan efektif,ia  boleh mengurangkan kadar stres kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan serta membahagikan masa untuk mengulang kaji semasa peperiksaan.
ii. Ketahui had diri. Jadi jujur kepada diri, tetapkan apa yang rasa anda boleh capai dan anda tidak boleh. Cita-cita tinggi dan azam  patut dalam hidup seseorang, namun semua ada hadnya.
iii. Utamakan apa yang penting. Dalam menjalankan tugasan, perlu kita utamakan apa yang penting terlebih dahulu. Adalah terbaik jika anda susun tugasan dan mengulang kaji pelajaran mengikut keutamaan terlebih dahulu. Utamakan kualiti bukannya kuantiti yang anda lakukan. Sesuatu yang anda lakukan dengan sepenuh jiwa akan mendapat pulangan yang lebih bermakna kepada berbanding daripada yang lakukan dengan tergesa-gesa.
vi. Sebelum tidur, berikan sedikit ulasan tentang apa yang sudah anda capai dan apa yang masih belum. Munasabah diri. Sebelum anda lelapkan mata, harus buat perancangan untuk hari keesokannya.

3. Tentukan Faktor-Faktor Masalah Stres 

Pastikan anda tahu kenapa anda menjadi stres supaya anda boleh mencari penyelesaian.Sekiranya anda sudah mengetahui apa yang menyebabkan stres kepada anda, adalah terbaik jika anda boleh bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

4. Lakukan Tanggungjawab 

Senantiasa peka terhadap tugasan dan tanggungjawab diri.Tamsilnya,mengulang kaji pelajaran pada waktu yang tetap mengikut jadual pembelajaran yang sedia Ada tanpa melengahkan masa.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan harus difokus demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
Jangan merasakan rendah diri jika anda melakukan kesilapan sekiranya anda sudah bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya. Kesilapan adalah perkara yang biasa dan anda perlu ada berusaha untuk memperbaikinya semula.

6. Nilai Jenaka

Jangan mengambil kira semua benda dengan sangat serius, kadang kala anda perlu tengok keadaan, tempat dan masa yang sesuai.Percayalah dengan bergembira dan gelak kepada jenaka boleh mengurangkan tekanan diri anda.

7. Belajar Untuk Menghargai Kawan dan Ahli Keluarga

 Jangan menyembunyikan tekanan anda, sebaliknya berkongsi dan bermusyawarah bersama ahli keluarga.Mereka sudah tentunya akan memberikan bantuan dan nasihat dalam kadar segera dalam apa jua keadaan. Anda cuma perlu mengadu dan memberitahu mereka tentang masalah yang sedang menghantui  fikiran.Dapatkan nasihat yang positif dan tinggalkan apa yang negatif. Bah kata pepatah ambil  jernih buang yang keruh. Dikelilingi orang yang rapat dan sayangkan anda boleh membantu hilangkan stres,malah mampu mewujudkan suasana yang harmoni.Rentetan itu,persediaan sebelum menduduki peperiksaam akan berlaku secara rapi dalam keadaan yang tenang.


Berikut adalah tayangan YouTube mengenai persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan supaya mengelakkan diri daripada stres dan dilemma.



stres semasa musim peperiksaan

Comments